Lapan Prinsip Pengurusan Berkualiti Kolej Vokasional Melaka Tengah

  1. Tumpuan kepada pelanggan - Pelanggan merupakan sebab wujud sesebuah organisasi. Kehendak semasa dan masa depan pelanggan perlu difahami organisasi. Oleh itu, organisasi perlu dapat melebihi harapan pelanggan.
  2. Kepimpinan - Pengurursan atasan perlu mewujudkan kesepakatan dalam memandu organisasi mencapai matlamat pewujudannya serta menilai semula sistem pengurusan kualiti bagi memastikan ia masih sesuai dan berkesan.
  3. Penglibatan anggota organisasi - Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi. Penglibatan dan kompetensi anggota-anggota ini amat diperlukan untuk menyumbang kepaa peningkatan prestasi organisasi.
  4. Pendekatan proses - Pendekatan proses bermaksud input, proses transformasi input-input ini dan output kepada proses transformasi itu dikenalpasti. Hasil yang dihasratkan, iaitu output daripada proses trasformasi ini akan dapat dicapai dengan lebih cekap apabila aktiviti-aktiviti dan sumber-sumber yang terlibat duruskan mengikut pendekatan proses.
  5. Pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem - Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubung kait dikenal pasti dan diuruskan dengan baik supaya objektif organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan dan cekap.
  6. Penambahbaikan secara berterusan - Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan hendaklah menjadi objektif kekal organisasi. Organisasi perlu merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara trusan ke atas sistem pengurusan sistem kualitinya. Tindakan ini boleh diambil berasaskan dasar kualiti, objektif-objektif kualiti, hasil audit, penganalisisan ke atas data, tindakan pembetulan dan pencegahan serta kajian semula pengurusan.
  7. Pendekatan membuat keputusan berdasarkan fakta - Keputusan-keputusan hendaklah berdasarkan kepada data dan maklumat yang tepat supaya keputusan-keputusan ini berkesan.
  8. Hubungan dengan pelanggan untuk faedah bersama - Organisasi dan pelanggan saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan yang baik akan membawa faedah dan meningkatkan prestasi kedua-dua pihak.